Ramadan Rise Up

Ramadan Rise Up

"Kamu sekali-kali tidak akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu menginfaqkan sebahagian daripada apa-apa yang kamu sayangi." (Aali 'Imran: 92)


Ramadan tiba lagi dan setiap kali Ramadan tiba kita sentiasa berharap untuk jadikan Ramadan tahun ini lebih baik dari Ramadan yang sebelum. Dari persediaan sahur, menu iftar, jadual tadarus al-Quran, persiapan solat terawih-- semuanya kita cuba atur baik-baik dan teratur agar kebaikan dan kelebihan Ramadan tahun ini dapat kita peroleh semaksima mungkin.



AIM FOR RAMADAN: Feed the Soul, Touch the Heart


Ramadan kita mungkin selesa dengan juadah berbuka yang tak pernah habis, persediaan sahur yang mengenyangkan untuk kita bertahan berpuasa satu hari penuh, persediaan awal baju raya keluarga dan perancangan pulang ke kampung-- tetapi semua ini hanyalah satu impian buat saudara pelarian kita yang tidak mampu.


Tak perlu berbicara tentang persediaan raya, hatta bulan Ramadan bagi mereka seperti sama sahaja dengan kehidupan seharian. Masih mencari sumber makanan di tempat pelupusan sampah, makanan mereka tiada khasiat serta keperluan seharian masih tidak mencukupi sama sahaja seperti hari-hari lain.


Ramadan tahun ini sekali lagi kita bersama mencuba untuk memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan dengan semaksima mungkin.




Yemen

  • Agihan Ayam Segar & Kurma kepada 1750 keluarga di dalam kem pelarian Yaman.
  •  Iftar #HotMeal setiap hari kepada 1160 keluarga sepanjang Ramadan.
  • Ramadan Basket untuk 130 keluarga pelarian menyambut Ramadan
  • Baju & Duit Raya Anak Pelarian untuk 170 anak-anak di kem pelarian menyambut Hari Raya.




Malaysia

  • Pek Iftar PPR sehari sekitar 75-100 orang minima sepanjang Ramadan di kawasan PPR di sekitar Sungai Buloh.
  • Iftar Anak Madrasah di Madrasah Al-Ain, Sungai Buloh, Selangor yang terdiri dari 70 orang anak-anak pelarian, asnaf, fakir miskin.

Kem Pelarian Rohingya, Bangladesh

  • Ramadan Basket untuk 150 keluarga pelarian di dalam kem membuat persiapan menyambut Ramadan.
  • Elaun Raya untuk 21 orang asatizah (yang juga pelarian) yang setia berusaha mendidik anak-anak di dalam kem.



Kemboja

  • Iftar Jamaei Anak Madrasah untuk 500 anak-anak di madrasah (Sihanoukville & Stung Treng) berbuka puasa.
  • Elaun Raya untuk 27 orang asatizah (2 madrasah) yang juga hidup dalam kesempitan namun kekal berusaha mendidik anak-anak agar terus menjadi manusia berilmu.


Feed the Soul, Touch the Heart. Semoga Ramadan kali ini menjadikan kita seorang yang lebih baik, salah satunya dengan berkongsi rezeki dan menyentuh jiwa-jiwa saudara mereka yang memerlukan dengan bantuan yang dihulurkan.

Terima kasih atas kepercayaan sahabat kepada kami, tim Al-Ain Malaysia untuk menjadi perantara menjalankan kerja-kerja kemanusiaan yang tidak pernah habis dan selesai.

Hanya Allah sahaja yang mampu membalas tiap sesuatu kebaikan.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Yemen: Iftar #HotMeal (RM18 - 3 orang)
64
Yemen: Baju & Duit Raya Anak Pelarian (RM48) HABIS STOK
Yemen: Ramadan Basket (RM148)
28
Kemboja: Elaun Ramadan Raya Asatizah Madrasah (RM50) HABIS STOK
Malaysia: Pek Iftar PPR (RM15 - Nasi, Buah, Kurma, Air)
46
Yemen: Agihan Ayam Segar & Kurma (RM14)
1
Malaysia: Iftar Anak Madrasah (RM750 untuk sehari) HABIS STOK
Kem Pelarian Rohingya, Bangladesh: Ramadan Basket (RM65) HABIS STOK
Kem Pelarian Rohingya, Bangladesh: Elaun Ramadan Raya Ustaz Pelarian (RM50) HABIS STOK
Kemboja: Iftar Jamaei Anak Madrasah (RM400 sehari) HABIS STOK
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN