Ibadah Qurban 2025 (Tahun ke-23)

Ibadah Qurban 2025 (Tahun ke-23)

Qurban 2025M/1446H Al-Ain Malaysia (Tahun ke-23)


❇️ Mengapa ada sahabat yang SETIA terus memilih untuk mewakilkan korban kepada team AL-AIN MALAYSIA setiap tahun? ❇️




1. Team Al-Ain Malaysia bukan semata-mata melaksanakan korban di lima negara ini, malah misi kemanusiaan di lima negara ini telah dijalankan SEPANJANG tahun melalui team sedia ada yang wujud menjalankan kerja kemanusiaan di setiap negara.

2. Team Al-Ain tidak sewenang-wenang memilih negara untuk pelaksanaan ibadah korban melalui mana-mana orang tengah mahupun permintaan dari NGO luar negara atas dasar harga haiwan korban yang lebih murah di tempat mereka.

 3. Negara yang diadakan misi korban saban tahun ini telah wujud keberadaan team kami sekian lama yang arif & cakna keadaan dan kondisi asnaf dan fakir miskin yang memerlukan. Bantuan disampaikan secara berkala dan bukan one-off.

4. Tiada kewujudan sebarang pihak lain untuk pemilihan haiwan & pengagihan daging korban. Proses korban dari awal hingga akhir dilakukan oleh team Al-Ain Malaysia sendiri agar segalanya dilakukan dengan cara terbaik, insyaAllah.




Seperti tahun-tahun lalu, semoga tahun ini Allah izinkan sekali lagi kita semua untuk memberi kegembiraan daging korban buat asnaf, fakir miskin & mereka yang benar-benar memerlukan.

“Barangsiapa yang diberikan kemudahan, sehingga memampukan dia untuk berkorban, akan tetapi dia tidak mahu bekorban, maka janganlah dia mendekati tempat solat kami (masjid) ini.” (HR. Ahmad & Ibnu Majah)

*Harga korban yang dinyatakan termasuk dengan kos pengurusan korban di setiap tempat yang ditetapkan serta (jika ada) lebihan akan dibawa terus ke misi-misi pendidikan/kecemasan/bantuan makanan asas & bantuan kebajikan yang lain. 


Sedekah Qurban

APA ITU SEDEKAH QURBAN? Adakah ia dikira sebagai ibadah Qurban?

Sedekah Qurban adalah satu terma sahaja-- iaitu satu sedekah yang kita jalankan pada Hari Raya Qurban. Ia tak dikira sebagai ibadah Qurban. Tapi apa sebenarnya yang membuatkan ia istimewa?

Bagi mereka yang BELUM BERKEMAMPUAN untuk berkorban satu bahagian haiwan atau seekor, kami akan kumpulkan SEDEKAH QURBAN sahabat sehingga cukup untuk kami lakukan pembelian satu bahagian atau satu ekor haiwan Qurban.

Haiwan itu akan disembelih pada Hari Raya Aidiladha juga, agar pahala memberi makan orang susah, faqir miskin dan pelarian tetap sampai pada kalian insyaAllah.

 RM50 untuk satu slot sedekah Qurban dan saudara kita yang memerlukan mampu nikmati daging setahun sekali.


Food Basket Eidul Adha - Kem Pelarian Yaman


Food Basket adalah salah satu usaha kami bagi menggilir-gilirkan pemberian barang asas kepada Pelarian Yaman sepanjang tahun. Empat kem utama akan digilir-gilirkan pemberian barang asas untuk bertindak adil dan saksama buat semua pelarian yang memerlukan.

Pada Hari Raya yang lepas, kita telah berjaya menyalurkan 100 Food Basket kepada 100 keluarga pelarian hasil dari sumbangan para sahabat. Kami berhajat untuk menyampaikan hajat ini kepada kem pelarian yang lain pula pada Hari Raya Aidiladha kali ini.


Sedekah Umum Qurban

Selain mengusahakan pemberian daging korban, team Al-Ain Malaysia juga tidak ketinggalan menyantuni anak-anak pelarian pada setiap kali Hari Raya Aidiladha. Dana sedekah umum korban yang sahabat lakukan akan digunakan untuk meraikan anak-anak pelarian dengan kit gula-gula & permainan agar mereka juga tidak rasa ketinggalan diraikan seperti mereka yang lain.


Sumbangan lain/ Direct Transfer/ Pembayaran Manual;

Maybank 562740150023

Pertubuhan Antarabangsa Al-Ain Malaysia 

Ref: Korban


Pertanyaan lanjut tentang Misi Korban 2025 / Pendaftaran Manual:

HQ: 011-57850406


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
{❗️SANGAT DIPERLUKAN❗️} Kem Pelarian Sana'a, Yaman - Seekor Kambing (RM780) HABIS STOK
Sedekah Umum (Pendidikan, Makanan Asas, Kebajikan)
{SELESAI!} Sedekah Qurban Kambing Yemen (Kambing 1-8) HABIS STOK
Sedekah Qurban Kambing Yemen (RM30 per slot - Kambing ke-9) HABIS STOK
Food Basket AidilAdha (RM148 per food basket)
17
PILIHAN DI BAWAH:
HABIS STOK
Minoriti Islam di Sri Lanka - Lembu (RM490) HABIS STOK
Perkampungan Miskin Kemboja - Lembu (RM490) HABIS STOK
Kem Pelarian Rohingya, Bangladesh - Lembu (RM570) HABIS STOK
Madrasah & Asnaf Malaysia - Lembu (RM900) HABIS STOK
PILIHAN DI BAWAH:
BELUM MULA
Perkampungan Miskin Kemboja - Lembu (RM3,430)
5
Minoriti Islam di Sri Lanka - Lembu (RM3,430)
3
Kem Pelarian Rohingya, Bangladesh - Lembu (RM3990)
2
Kem Pelarian Sana'a, Yaman - Lembu (RM6,930)
1
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

(Untuk korban lembu / kambing sahaja. Sedekah korban, food basket & sedekah umum tidak disediakan sijil)
Hanya 1 nama untuk setiap ekor kambing atau satu bahagian lembu untuk korban. Bagi seekor unta/lembu, minima 1 nama, maksima 7 nama.