Misi Pendidikan & Musim Sejuk Pelarian

"Orang-orang yang menginfakkan hartanya malam dan siang hari (secara) sembunyi-sembunyi maupun terang-terangan, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati. (Al-Baqarah:274)
Al-Ain Malaysia telah melaksanakan misi di Kem Pelarian Rohingya sejak tahun 2017 lagi. Sejak dari itu kita telah membina tujuh buah madrasah untuk anak-anak di sana belajar mengaji al-Quran serta menggajikan 22 orang guru yang terdiri daripada pelarian Rohingnya sendiri.
Tahun lepas, tim Al-Ain Malaysia telah melaksanakan misi ke-11 di Kem Pelarian Rohingya setelah hampir 4 tahun tidak menjejaki kem pelarian akibat dari Covid-19 yang berlaku di seluruh dunia.
Sahabat dijemput membaca perkongsian kami tentang kejayaan dan manfaat yang telah kita semua
usahakan di sini. Terima kasih banyak-banyak kami ucapkan.
MISI ke-12: MISI PENDIDIKAN & MUSIM SEJUK
Misi musim sejuk kali ini akan berlangsung selama 8 hari bermula 19-26 Januari 2025. Tujuan utama kami kali ini adalah untuk menyampaikan bantuan baju sejuk sebanyak 5000 helai untuk anak-anak pelarian di sana. Disamping itu, kita akan membuat pemantauan kondisi dan prestasi kesemua tujuh buah madrasah bagi memastikan sistem pembelajaran berada dalam keadaan yang baik.
Bayangkan anak-anak kita hidup di dalam kem pelarian yang tidak mempunyai tempat berteduh yang sempurna, tiada makanan yang mencukupi apatah lagi selimut dan baju sejuk untuk melindungi diri dari musim sejuk tanpa salji. Kematian & penyakit menular dalam kalangan kanak-kanak dan bayi di dalam kem pelarian itu adalah perkara biasa yang terjadi setiap tahun apabila tibanya musim sejuk.
SEHELAI BAJU SEJUK DAPAT MENYELAMATKAN NYAWA ANAK-ANAK DI SANA
Pakaian harian mereka tidak pernah sempurna. Tidak berkasut, tidak berseluar dan kebanyakan anak-anak pelarian ini sudah terbiasa keluar dengan tidak memakai pakaian. Jadi, bagaimanakah keadaan ini dapat menyelamatkan dan melindungi mereka ketika musim sejuk?
Mereka menjadi pelarian yang datang dari negara seberang merentasi laut dengan sehelai sepinggang, tiada harta yang dibawa, tiada barangan asas yang ada. Kehidupan mereka di kem pelarian Rohingya kini semuanya perlu bermula dari awal.
SEHELAI BAJU SEJUK HANYA RM30 SAHAJA
Dengan sumbangan sebanyak RM30 ini, kalian dapat menyelamatkan anak-anak pelarian ini dari kesejukan yang melampau. Walaupun tidak bersalji, tetapi suhu itu mampu memberi kesakitan kepada anak-anak kecil ini. Ini disebabkan kem-kem pelarian yang dibina itu berada di atas bukit dan apabila tiba musim sejuk, suasana di kem pelarian menjadi sangat dingin.
Dengan RM30 sahabat bukan sahaja memberi mereka sehelai baju sejuk sebagai perlindungan, tetapi insyaAllah memberi harapan untuk mereka meneruskan kehidupan.