Ibadah Qurban 2025 (Tahun ke-23)

Ibadah Qurban 2025 (Tahun ke-23)

Qurban 2025M/1446H AL-AIN MALAYSIA (tahun ke-23)

Malaysia | Yaman | Bangladesh | Sri Lanka | Kemboja


❇️ Mengapa ada sahabat yang SETIA terus memilih untuk mewakilkan korban kepada team kami setiap tahun? 




1. Team Al-Ain Malaysia bukan semata-mata melaksanakan korban di lima negara ini, malah misi kemanusiaan di lima negara ini telah dijalankan SEPANJANG tahun melalui team sedia ada yang wujud menjalankan kerja kemanusiaan di setiap negara.

2. Team Al-Ain tidak sewenang-wenang memilih negara untuk pelaksanaan ibadah korban melalui mana-mana orang tengah mahupun permintaan dari NGO luar negara atas dasar harga haiwan korban yang lebih murah di tempat mereka.

 3. Negara yang diadakan misi korban saban tahun ini telah wujud keberadaan team kami sekian lama yang arif & cakna keadaan dan kondisi asnaf dan fakir miskin yang memerlukan. Bantuan disampaikan secara berkala dan bukan one-off.

4. Tiada kewujudan sebarang pihak lain untuk pemilihan haiwan & pengagihan daging korban. Proses korban dari awal hingga akhir dilakukan oleh team Al-Ain Malaysia sendiri agar segalanya dilakukan dengan cara terbaik, insyaAllah.



Seperti tahun-tahun lalu, semoga tahun ini Allah izinkan sekali lagi kita semua untuk memberi kegembiraan daging korban buat asnaf, fakir miskin & mereka yang benar-benar memerlukan.

“Barangsiapa yang diberikan kemudahan, sehingga memampukan dia untuk berkorban, akan tetapi dia tidak mahu bekorban, maka janganlah dia mendekati tempat solat kami (masjid) ini.” (HR. Ahmad & Ibnu Majah)

*Harga korban yang dinyatakan termasuk dengan kos pengurusan korban di setiap tempat yang ditetapkan serta (jika ada) lebihan akan dibawa terus ke misi-misi pendidikan/kecemasan/bantuan makanan asas & bantuan kebajikan yang lain. 


SEDEKAH KORBAN

Jika sahabat belum bersedia atau mampu untuk berkorban sebanyak seekor mahupun sebahagian lembu/kambing, kami mengalu-alukan sedekah korban sebanyak RM10 per slot & RM50 per slot atau seberapa yang sahabat mampu untuk sama-sama berkongsi rezeki dengan mereka. Sedekah korban ini akan kami kumpulkan bagi mencukupkan pembelian lembu/kambing buat saudara kita yang memerlukan dan dikira sebagai sedekah buat mereka.


Food Basket Eidul Adha - Kem Pelarian Yaman


Food Basket adalah salah satu usaha kami bagi menggilir-gilirkan pemberian barang asas kepada Pelarian Yaman sepanjang tahun. Empat kem utama akan digilir-gilirkan pemberian barang asas untuk bertindak adil dan saksama buat semua pelarian yang memerlukan.

Pada Hari Raya yang lepas, kita telah berjaya menyalurkan 100 Food Basket kepada 100 keluarga pelarian hasil dari sumbangan para sahabat. Kami berhajat untuk menyampaikan hajat ini kepada kem pelarian yang lain pula pada Hari Raya Aidiladha kali ini.


Sedekah Umum Korban

Selain mengusahakan pemberian daging korban, team Al-Ain Malaysia juga tidak ketinggalan menyantuni anak-anak pelarian pada setiap kali Hari Raya Aidiladha. Dana sedekah umum korban yang sahabat lakukan akan digunakan untuk meraikan anak-anak pelarian agar mereka juga tidak rasa ketinggalan diraikan seperti mereka yang lain.


Sumbangan lain/ Direct Transfer/ Pembayaran Manual;

Maybank 562740150023

Pertubuhan Antarabangsa Al-Ain Malaysia 

Ref: Korban


Pertanyaan lanjut tentang Misi Korban 2025 / Pendaftaran Manual:

HQ: 011-57850406


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Sedekah Umum (Pendidikan, Makanan Asas, Kebajikan)
Sedekah Korban (RM50 per slot)
Minoriti Islam di Sri Lanka - Satu Bahagian Lembu (RM490)
70
Perkampungan Miskin Kemboja - Satu Bahagian Lembu (RM490)
70
Kem Pelarian Rohingya, Bangladesh - Satu Bahagian Lembu (RM570)
70
Kem Pelarian Sana'a, Yaman - Seekor Kambing (RM780)
100
Madrasah & Asnaf Malaysia - Satu Bahagian Lembu (RM900)
35
Kem Pelarian Sana'a, Yaman - Seekor Kambing + 1 set Food Basket - (RM928)
17
Perkampungan Miskin Kemboja - Satu Ekor Lembu (RM3,430)
10
Minoriti Islam di Sri Lanka - Satu Ekor Lembu (RM3,430)
10
Kem Pelarian Rohingya, Bangladesh - Seekor Lembu (RM3990)
10
Kem Pelarian Sana'a, Yaman - Seekor Lembu (RM6,930)
5
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

(Untuk korban lembu / kambing sahaja. Sedekah korban, food basket & sedekah umum tidak disediakan sijil)
Hanya 1 nama untuk setiap ekor kambing atau satu bahagian lembu untuk korban. Bagi seekor unta/lembu, minima 1 nama, maksima 7 nama.